30 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan Honda Malaysia menerusi penggunaan 25 unit kenderaan elektrik (EV) jenis Honda EN : 1.
Jalinan kerjasama itu adalah bersempena dengan penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD), Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025, Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Melaka.
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) ini akan menjadi aset penting dalam mempamerkan imej Melaka sebagai destinasi pelancongan yang moden dan peka terhadap alam sekitar, sejajar dengan tema WTD 2025 aitu ‘Pelancongan dan Trasformasi Mampan’.
🎥 Zaidi Yaacob
#honda #hondamalaysia #EV #melaka #melakahariini #mhi #melakatv