WRUR DURIAN TUNGGAL TINGKAT KESEDARAN BUAT SARINGAN AWAL KANSER PAYUDARA

29 Oktober – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemeriksaan awal kanser payudara dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur.

Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Siti Faizah Abdul Azis berkata, program yang dianjurkan sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara itu turut menggalakkan masyarakat supaya menjalani saringan kesihatan awal untuk mencegah penyakit berbahaya lain.

🎥 Alya Atiqah & Nurul Asyiqin

#kanser #payudara #wrur #duriantunggal #mhi #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy