26 Oktober – Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri dilantik sebagai ‘bapa angkat’ kepada 10 kampung Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim, Saliran dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata inisiatif itu bertujuan memastikan setiap aduan dan permasalahan di kampung berkenaan dapat ditangani dengan lebih berkesan serta dipantau secara berterusan.
Pada majlis tersebut Rais turut merasmikan Pesta D’ Sawah Durian Tunggal 2025 dan Sarong Fun Run @ Bendang.
🎥 Zaidi Yaacob & Alya Atiqah
#WRUR #DurianTunggal #Bendang #Sawah #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV