JAMBATAN DANG MERDU WATI IKON BAHARU SUNGAI MELAKA

26 Oktober – Jambatan baharu di Sungai Melaka bakal menjadi satu lagi ikon baharu yang bukan sahaja memudahkan orang ramai menyeberang sungai, bahkan boleh menjadi tarikan pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, binaan baharu itu dinamakan Jambatan Dang Merdu Wati sempena nama ibunda kepada pahlawan Melayu tersohor, Hang Tuah.

Jelas beliau, nama tersebut dipilih bagi membolehkan rakyat dan pelancong ke negeri ini menghayati kisah dan nilai warisan sejarah.

🎥 Alya Atiqah

#FSSSM2025 #SungaiMelaka #SelatMelaka #JambatanBaharu #JambatanDangMerduWati #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy