PENGORBANAN IBU BAPA, GURU TERAS KEJAYAAN PELAJAR – KM

25 Oktober – Setiap kejayaan pelajar tersirat pengorbanan besar ibu bapa dan guru yang tidak pernah jemu berbakti demi kejayaan anak didik mereka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, setiap pencapaian yang diraikan pada tidak lahir secara mudah, sebaliknya terbina hasil daripada doa, bimbingan dan sokongan berterusan daripada insan-insan yang memainkan peranan penting di sekeliling pelajar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat di Auditorium Universiti Islam Melaka (UNIMEL), hari ini.

🎥 Zaidi Yaacob

#pelajar #smkrahmat #unimel #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy