MTA KAKI RACE 2025 BAWA 265 PESERTA JELAJAH MELAKA

25 Oktober – MTA Kaki Race 2025 yang dianjurkan di Menara Taming Sari telah membawa seramai 265 peserta berlari sambil menjelajah Melaka.

Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA), Madeline Kuah Wey Lee berkata, program larian kali ini tampil dengan unik apabila peserta perlu menyelesaikan pelbagai tugasan di lokasi pelancongan utama sekitar Bandaraya Melaka.

Majlis perasmian penutupan acara turut disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

🎥 Alya Atiqah

#MTAKakiRace2025 #KakiRace #TourismMelaka #MenaraTamingSari #Melaka #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy