PRODUK ‘TIRAI BESI’ TAWAR HARGA BERPATUTAN

23 Oktober – My Pride Fair Zon Selatan 2025 menawarkan pelbagai produk dan kraftangan hasil air tangan prospek penjara.

Terdapat lebih 15 gerai jualan antaranya dari Penjara Sungai Udang, Melaka; Penjara Kluang, Johor; Penjara Wanita Kajang dan Pusat Koreksional Jasin yang menjual pelbagai produk antaranya kerepek, makanan sejuk beku seperti karipap dan roti canai, pakaian serta kraftangan dengan harga berpatutan.

Menariknya, potongan sehingga 70 peratus keatas produk terpilih ditawarkan menerusi jualan ‘happy hour’ yang diadakan.

🎥 Salia Salberi

#manalagimelakaler
#melakahariini
#tiraibesi
#prospekpenjara

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy