MELAKA JADI HAB BAHARU LATIHAN PENERBANGAN SERANTAU TERULUNG

23 Oktober – Melaka bakal menjadi hab penerbangan dan pendidikan teknikal serantau yang terulung menerusi pembangunan Pusat Kecemerlangan Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, projek ini akan bermula tahun depan selepas Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Melaka (MCORP) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Weststar Aviation Sdn Bhd.

Dalam tempoh lima tahun, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya dan menjadi pusat tumpuan utama latihan serta penyelenggaraan helikopter di Asia Tenggara.

🎥 Zaidi Yaacob

#LTAM #Lapangan #Terbang #Antarabangsa #Melaka #Hab #Latihan #Pendidikan #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy