PROGRAM WIRA DISANJUNG, BAKTI DIKENANG HIMPUN 1,000 KELUARGA VETERAN ATM MASJID TANAH

17 Ogos – Kira-kira 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk ahli keluarga dan isteri dalam Parlimen Masjid Tanah hadir bagi meraikan Program Wira Disanjung, Bakti Dikenang bersempena sambutan Hari Pahlawan 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, program diadakan itu sekali gus memperingati jasa dan pengorbanan para perwira dan anggota keselamatan yang telah berjuang mempertahankan negara.

🎥 Faiz Hasan

#perwira #veteran #haripahlawan #merdeka #ayerlimau #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy