‘YES! ROCK THE SCHOOL’ PEMANGKIN MASA DEPAN BELIA
14 Ogos – Program YES! Rock The School yang dirasmikan di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), disifatkan sebagai katalis membentuk hala tuju masa depan belia negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, platform itu mendedahkan pelajar sekolah menengah kepada pelbagai bidang kerjaya termasuk seni, sekali gus mempersiapkan mereka menghadapi cabaran akan datang.
Ketua Menteri turut berterima kasih kepada Kerajaan MADANI dan KESUMA atas peruntukan yang disalurkan bagi menjayakan program tersebut.
🎥 Alya Atiqah
#MADANI #KESUMA #belia #UTeM #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV