RUMAH USANG KINI BERWAJAH BAHARU, IBU TUNGGAL TERHARU TERIMA BANTUAN MBMB

RUMAH USANG KINI BERWAJAH BAHARU, IBU TUNGGAL TERHARU TERIMA BANTUAN MBMB

24 Julai – Penerima bantuan Program Bandar Penyayang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Nuriyah Jantan, menzahirkan rasa terharu apabila rumah peninggalan mertua yang sebelum ini usang akhirnya dibaik pulih demi keselesaan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata program yang mendapat peruntukan RM3,000 itu dilaksanakan bagi membantu golongan yang menetap di kawasan bandar tetapi berdepan kekangan kewangan untuk membaik pulih rumah.

Menurut Nuriyah, rumah tersebut asalnya milik mertuanya dan telah lama tidak dihuni selepas kematian nenek mereka namun atas permintaan anak-anak, dia berusaha memohon bantuan untuk membaiki kediaman yang kini didiami bersama anak bongsunya berusia 21 tahun selepas kehilangan suami tahun lalu.

🎥 : Farah Othman

#programbandarpenyayang #mbmb #duyong #wrurduyong #ybhelmy #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy