MTD PROPERTIES SASAR LABUR RM4 BILION UNTUK PROJEK BAHARU DI MELAKA

MTD PROPERTIES SASAR LABUR RM4 BILION UNTUK PROJEK BAHARU DI MELAKA

24 Julai – Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat MTD Properties untuk melaksanakan projek pembangunan strategik baharu di Ayer Keroh dengan nilai pelaburan sekitar RM4 bilion pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, rancangan pelaburan tersebut bukan sahaja mencerminkan keyakinan sektor swasta terhadap potensi Negeri Melaka, bahkan turut memberi limpahan manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat Jualan MTD Properties Sempena Kerjasama Strategik Bersama Kerajaan Negeri Melaka di Taman Tasek Utama.

🎥 Aufa ‘Izzati

#MTDProperties #PelaburanMelaka #TamanTasekUtama #AyerKeroh #KerajaanNegeriMelaka #MelakaHariIni #MelakaTV #MHI

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy