21 Julai – Sebanyak tujuh buah tokong dan persatuan Cina menerima sumbangan menerusi Majlis Makan Malam bersama Tokong dan Persatuan Cina sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, lima daripadanya terletak di sekitar kawasan Duyong, manakala dua lagi sering dikunjungi penduduk Duyong.
Menurut beliau, inisiatif itu memberi ruang bagi komuniti setempat untuk menyuarakan masalah dan aduan secara langsung kepada wakil rakyat.
🎥 Zaidi Yaacob
#duyong #tokong #persatuan #cina #mhi #melakahariini #melakatv