CUCI-CUCI DUYONG TUMPU KAWASAN TERBIAR DAN TANAH WAKAF

20 Julai – Program Cuci-Cuci Duyong sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dilaksanakan di kawasan Pengkalan Rama Tengah memberi tumpuan kepada penyelenggaraan kawasan terbiar termasuk tanah wakaf yang tidak dikenal pasti pemiliknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, tumpuan turut diberikan kepada kawasan siar kaki dan beberapa lokasi dalam kampung yang sebelum ini terabai serta tidak diselenggara secara berkala.

🎥 Hasbullah Azhar

#SWM #cuci #duyong #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy