IKON GIGI MELAKA PERKASA KESEDARAN KESIHATAN MULUT

19 Julai – Ikon Gigi Melaka memperkasa kesedaran masyarakat dalam meningkatkan kesihatan mulut menerusi Sambutan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Peringkat Negeri Melaka 2025.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kesihatan pergigian penting dan mempengaruhi kualiti hidup rakyat secara holistik.

Tema Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) dipilih pada tahun ini adalah ‘Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Mulut’.

🎥 Zaidi Yaacob

#kesihatan #gigi #mulut #wrur #duyong #mhi #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy