LALUAN DUYONG DINAIK TARAF, ELAK KEJADIAN ‘HAMPIR’ KEMALANGAN

18 Julai – LALUAN DUYONG DINAIK TARAF, ELAK KEJADIAN ‘HAMPIR’ KEMALANGAN

Kekerapan kejadian hampir kemalangan menjadi pencetus projek menaik taraf jalan sejauh 1.6 kilometer dari Persimpangan Duyong Bestari ke kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Duyong.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, projek bernilai RM3.8 juta itu bukan sekadar naik taraf infrastruktur, tetapi memberi penekanan utama kepada aspek keselamatan pengguna jalan raya memandangkan kawasan tersebut dikenal pasti sebagai zon berisiko tinggi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong berkata, projek itu dijangka memberi manfaat kepada 30 peratus daripada kira-kira 33,000 orang penduduk Duyong.

🎥 Aufa ‘Izzati

#DUNDuyong #YBHelmy #ADUNDuyong #DuyongKita #CaraKitaSukaHatiKita #WRURDUNDuyong #WakilRakyatUntukRakyat #MelakaHariIni #MelakaTV #MHI

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy