MELAKA MENUJU KE ARAH PENGIKTIRAFAN GEOPARK KEBANGSAAN 2026

14 Julai – Melaka menetapkan sasaran untuk diiktiraf sebagai sebuah Geopark Kebangsaan menjelang penghujung tahun depan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Sembilan dan Melaka sedang berusaha menjalankan kajian saintifik geotapak di beberapa lokasi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini.

Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka Haniza Zakri berkata, setakat ini sebanyak lima lokasi telah dijalankan pencirian geotapak iaitu Pulau Upeh, Pulau Besar, Pulau Undan, Tanjung Tuan dan Sungai Rambai.

🎥 Nushrotulauni & Fitri Rahim

#Geopark #Melaka #JMG #Geosains #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy