9 Julai – Kerajaan Negeri Melaka terus komited memperkukuh keselamatan rakyat melalui pelbagai usaha, termasuk memperkasakan peranan Paramedik Komuniti (PARAKOM).
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, antara langkah utama yang diambil adalah menambah jumlah ambulans di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) serta memperkuat pasukan PARAKOM bagi memastikan bantuan kecemasan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan.
Selain itu, katanya, setiap masjid di Melaka diminta menghantar tiga wakil untuk menjalani latihan CPR (bantuan pernafasan) manakala kilang dan masjid turut digalakkan memasang papan tanda LED keselamatan sebagai langkah meningkatkan kesiapsiagaan dan kesedaran menghadapi kecemasan.
🎥 Azwani Mohammad
#Melaka #kecemasan #ParamedikKomuniti #PARAKOM #melakatv #melakahariini #mhi