6 Julai – Lebih 400 peserta dari seluruh negara termasuk Indonesia mempamerkan aksi memukau masing-masing dalam Pertandingan Zapin sempena Rentak Bertandak Antarabangsa di Memorial Pengisytiharan Banda Hilir.
Terdahulu, program anjuran Institut Warisan Melaka (INSWA) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Bahagian Promosi Pelancongan Melaka dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Pemenang pertandingan zapin ini terdiri daripada Lantera Cilik dari Selangor (Sekolah Rendah), Lantera Seni Remaja dari Selangor (Sekolah Menengah) dan Sanggar Batin Sembilan dari Bangkalis, Indonesia (Kategori Dewasa).
🎥 Aufa ‘Izzati
#Zapin #PertandinganZapinMelaka #RentakBertandakAntarabangsa #INSWA #MBMB #BPP #TourismMelaka #WorldTourismDay #WTD #MelakaHariIni #MelakaTV #ManaLagiMelakaLer