5 Julai – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti berkesan, apabila aduan diterima sepanjang pelaksanaanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, berjaya diselesaikan.
Secara keseluruhan dalam tempoh dua minggu, sebanyak 106 aduan diterima daripada penduduk setempat dan daripada jumlah itu 92 berjaya diselesaikan, manakala selebihnya sedang ditangani.
Kejayaan ini membuktikan pendekatan Kerajaan Negeri mendekati rakyat melalui WRUR mampu menyelesaikan isu setempat dengan lebih pantas dan menyeluruh.
🎥 Zaidi Yaacob
#wrur #bemban #isurakyat #masalahrakyat #rakyatmelaka #mhi #melakahariini #melakatv