KM PRIHATIN NASIB MANGSA RIBUT TANJUNG BIDARA

4 Julai – Kerajaan Negeri menerusi Japerun Tanjung Bidara dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan keprihatinan terhadap nasib mangsa ribut di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara apabila mengambil tindakan segera menghulurkan sumbangan.

Sumbangan diberi berupa wang tunai dan kit makanan disampaikan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada 25 keluarga yang terjejas pada program Penyampaian Sumbangan Bencana Kepada Mangsa Ribut yang diadakan di Japerun Tanjung Bidara, hari ini.

🎥 Faiz Hasan

#tanjungbidara #ribut #japeruntanjungbidara #abraufyusoh #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy