‘IGAUAN’ BANJIR PENDUDUK KAMPUNG LUBOK KASAU BAKAL BERKURANGAN

4 Julai – Sudah beberapa kali dilanda banjir, penduduk Kampung Lubok Kasau kini menarik nafas lega apabila tindakan pantas Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi projek mitigasi banjir bakal mengurangkan risiko bencana itu bermula Ogos depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, projek itu menelan anggaran kos antara RM1 hingga RM1.5 juta diperuntukkan JPS menerusi bajet kecemasan.

Sehubungan itu perancangan jangka sederhana dilaksanakan bagi memastikan limpahan air tidak masuk ke kawasan kampung.

🎥 Aufa ‘Izzati

#banjir #kampunglubokkasau #mitigrasibanjir #bemban #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy