BEMBAN 3 Julai – Jalan baharu menghubungkan Bemban ke Serkam bukan sekadar tar dan batu sebaliknya ia menjadi simbol kemajuan inklusif yang membuktikan komitmen Kerajaan Negeri terhadap keperluan rakyat di kawasan luar bandar.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jalan dua lorong sepanjang tiga kilometer itu bukan sahaja memendekkan masa perjalanan, malah ia juga memberi impak positif kepada rakyat dari segi aksesibiliti, pergerakan ekonomi dan kesejahteraan hidup.
Jelas beliau, projek tersebut telah dimohon sejak tahun 2021 dan ia mula dibina pada 2022 sebelum siap dan diserahkan lebih awal daripada jadual asal iaitu pada 25 April tahun ini
🎥 Hasbullah Azhar
#bemban #serkam #jalanbaharu #melaka #wrur #melakahariini #mhi #melakatv