MPHTJ TURUN ‘RUMAH KE RUMAH’ SANTUNI WARGA BEMBAN

3 Julai – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) turun padang menyantuni penduduk Bemban yang memerlukan melalui program ‘Lawatan Kasih Rumah Ke Rumah’ sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Bemban.

Antara yang disantuni ialah Umi Fatehah Azman dan Khatijah Taib yang masing-masing mengalami masalah kesihatan serta tidak mampu menyara keluarga.

Selain menyantuni, MPHTJ turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas termasuk kit makanan kepada penerima.

🎥 Azwani Mohammad

#ziarahkasih #mphtjprihatin #bemban #melakahariini #melakatv #mtv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy