3 Julai – Kerajaan Negeri Melaka menyambut baik hasrat dan cadangan penggiat seni tempatan untuk mengangkat semula seni tarian ronggeng rakyat sebagai warisan budaya, selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak dan nilai-nilai murni masyarakat.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka terhadap sebarang inisiatif pemuliharaan budaya, terutama elemen seni tempatan yang berakar dari sejarah negeri ini.
“Cadangan untuk menghidupkan semula tarian ronggeng atau lebih dikenali sebagai joget lambak sangat menarik kerana ia berasal dari Melaka dan merupakan sebahagian warisan rakyat yang kini kian dilupakan,” katanya.
🎥 Hasbullah Azhar
#Ronggeng #tarian #kebudayaan #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV