SYUKUR MASIH RAMAI YANG PRIHATIN

1 Julai – Selepas disahkan menghidap kencing manis dan tiroid, Rohaya Said, 51, terpaksa akur apabila dia terus diuji menghidap kanser rahim tahap empat sejak setahun lalu.

Ujian itu mengakibatkan kesihatan wanita tiga anak itu merosot selain terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.

Menurutnya yang menetap di Kampung Tehel, dia agak terkesan kerana tidak mampu lagi keluar bekerja dan membantu suaminya mencari rezeki untuk keluarga.

#kampungdigital #wrur #wakilrakyatuntukrakyat #bemban #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy