KETUA MENTERI ‘TERJAH’ WRUR BEMBAN, SANTUNI PENDUDUK KAMPUNG

29 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turun padang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi menyantuni penduduk kampung.

Beliau meluangkan masa menyaksikan acara sukan seperti pertandingan futsal di Japerun Bemban dan sepak takraw di Balai Raya Kesang Tua.

Pertandingan memancing yang berlangsung di Dataran Sungai Tehel, Parit Lampong turut dikunjungi beliau.

#wrur #bemban #acarasukan #pertandingansukan #mhi #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy