29 Jun – “MelGuv tiada di tempat lain, hanya di Melaka,” itu kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika ditemui di Melaka Agrofest 2025 di Dataran Sejarah Ayer Keroh.
Jambu Batu Lohan (GU16) iaitu MelGuv, singkatan kepada ‘Melaka Guava’ telah dilancarkan secara rasmi bagi mengangkat martabat produk buah-buahan tempatan di negeri ini ke satu tahap lebih tinggi.
Sebanyak 15,000 jambu MelGuv dan 800 nanas telah diagihkan kepada pengunjung secara percuma sepanjang tiga hari penganjuran Melaka Agrofest 2025.
🎥 Aufa ‘Izzati
#melguv #melaka #jambulohan #jambumelaka #melakaagrofest #melakahariini #mhi #melakatv