GENG YOE GOMEN DITAHAN POLIS

26 Jun – Tiga ahli Geng Yoe Gomen yang aktif memecah masuk sekolah dan pejabat kerajaan sejak April lalu berjaya diberkas polis dalam serbuan di Riviera Bay Resort, Tanjung Kling.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berumur antara 35 hingga 40 tahun itu menyasarkan bangunan kerajaan dan memecah masuk pada waktu awal pagi untuk mencuri wang tunai, dengan kerugian direkodkan sebanyak RM9,200 membabitkan lapan lokasi di Melaka Tengah.

“Siasatan turut mendapati mereka terbabit kes di Alor Gajah, Jasin serta luar negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

“Wang curi digunakan untuk beli motosikal yang kemudiannya digunakan semula dalam jenayah lain,” katanya.

#MelakaHariIni #JenayahMelaka #GengYoeGomen #PolisMelaka #TangkapPenjenayah #MelakaTengah #IPDMelakaTengah #SamunSekolah #BeritaTerkini #CrimeNews #RivieraBayMelaka

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy