PENYU KARAH KHAZANAH LAUTAN WARISAN MELAKA

20 Jun – Wah seronok betul tengok adik-adik ini mendengar ceramah tentang penyu karah, siap ada aktiviti buat model penyu lagi!

Program yang dinamakan Santai Bicara@Muzium Samudera: Penyu Karah Khazanah Lautan Warisan Melaka itu dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia – Malaysia (WWF-Malaysia).

Program disertai seramai 30 pelajar dari tiga buah sekolah di Negeri Melaka itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai kepentingan pemuliharaan penyu karah memandangkan Melaka merupakan lokasi pendaratan tertinggi spesies itu di Malaysia.

🎥 Aufa ‘Izzati

#PERZIM #WWF #penyu #PenyuKarah #PenyudiMelaka #MelakaHariIni #MelakaTV #MHI

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy