18 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka berjaya mengutip RM62,100.50 hasil lelongan 50 unit pelbagai jenis kenderaan yang dilucut hak pada Lelongan Awam Kenderaan Lucut Hak Siri 1/2025 JPJ Negeri Melaka.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, lelongan siri pertama untuk tahun 2025 itu membabitkan 39 unit motosikal, motokar (8), panel van (2) dan sebuah ‘window van’.
Siri lelongan awam kali ini melibatkan kehadiran seramai 54 pembida dan kesemua kenderaan berkenaan sudah dilucut hak oleh mahkamah, namun enam buah sudah tidak boleh dilesenkan atau dikategorikan sebagai kenderaan ‘scrap’.
🎥 Zaidi Yaacob
#jpjmelaka #jpj #keretalelong #melaka #melakahariini #mhi #melakatv