15 Jun – Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) di Villa d’Acqua, Kampung Pulau menjadi medan terbaik bagi agensi dan jabatan kerajaan mendekati rakyat.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, antara pengisian aktiviti menarik yang dijalankan termasuk pertandingan memancing, memasak, mewarna dan zumba.
Program CSR ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malah mengeratkan hubungan serta memberi impak positif kepada masyarakat Melaka.
🎥 Zaidi Yaacob
#programrakyat #rakyatsejahtera #komunitimelaka #tanjungbidara #mhi #melakahariini #melakatv