SINAR ZULHIJAH SANTUNI ORANG ASLI MELAKA

11 Jun – Program Sinar Zulhijah Bersempena Ibadah Korban Aidiladha Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Melaka Tahun 2025M/1445H di Kampung Orang Asli Bukit Seraya memberi pendedahan kepada masyarakat orang Asli, terutamanya saudara baharu mengenai nilai dan ajaran Islam.

Program ini turut memberi peluang kepada saudara baharu untuk memahami dan melihat sendiri cara ibadah korban dilaksanakan mengikut panduan Islam.

Antara aktiviti lain yang dijalankan termasuklah agihan pakaian terpakai yang telah dikumpulkan untuk diserahkan kepada komuniti orang Asli.

Diharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat menceriakan masyarakat orang Asli dan menyemai semangat persaudaraan bersama.

🎥 Azwani Mohammad

#masyarakatorangAsli #ibadahkorban #korban2025 #aidiladha #kampungorangAsli #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy