9 Jun – Institusi perbankan terus meningkat dengan pembukaan cawangan baharu Bank Muamalat Malaysia Berhad di Melaka yang bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC).
Ini membuktikan perkembangan ekonomi yang baik dengan kemasukan pelbagai pelabur dalam dan luar negara menjadikan Negeri Melaka kini menjadi destinasi pilihan pelbagai sektor perkhidmatan, termasuklah institusi perbankan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, berkata, pembukaan cawangan baharu bank itu di ‘segi tiga emas’ Negeri Melaka diyakini mempunyai potensi cukup baik memandangkan kedudukannya yang strategik terletak di kawasan pusat pentadbiran kerajaan dan dikelilingi pelbagai tarikan pelancongan.
#bank #BankMuamalat #EkonomiMelaka #PelaburanMelaka #MIBC #KetuaMenteriMelaka #MelakaHariIni #MelakaTV #MHI