SEMAKIN RAMAI BIJAK PANDAI DI MELAKA JADI MANGSA ‘SCAMMER’

5 Jun – Semakin ramai golongan bijak pandai atau profesional seperti doktor, usahawan korporat dan pengurus bank di Melaka menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Menurut Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, sebanyak 934 kes jenayah ‘scam’ ini direkodkan di Melaka dengan membabitkan nilai kerugian melebihi RM30 juta.

Katanya, meskipun jumlah kes menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu, namun ia masih dianggap membimbangkan.

🎥 Alya Atiqah

#scammer #jenayahsiber #keselamatandigital #mhi #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy