MELAKA LANCAR ‘BIJAK SPM’ BERI MANFAAT LEBIH 12,000 CALON

5 Jun – Melaka terus memperkasakan bidang pendidikan dengan melancarkan inisiatif Bijak SPM yang memberi manfaat kepada lebih 12,000 calon.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif ini diumumkan menerusi Bajet 2025 Negeri Melaka melibatkan peruntukan sebanyak RM700,000.

Kerajaan Negeri memberikan peruntukan tersebut kepada 95 buah sekolah menengah bagi melaksanakan program kecemerlangan seperti bengkel teknik menjawab, bengkel pecutan akhir serta penyediaan bahan pembelajaran berkualiti.

🎥 Zaidi Yaacob

#cemerlangspm #spm #bijakspm #pendidikanmelaka #bajet2025 #mhi #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy