PERKUKUH MELAKA SEBAGAI DESTINASI INDUSTRI PELANCONGAN MARITIM SERANTAU

3 Jun – Usaha memperkukuhkan legasi Melaka sebagai pelabuhan ulung sejak abad ke-15 diteruskan oleh Kerajaan Negeri menerusi pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang sudah disusun.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lokasi strategik di Selat Melaka meletakkan negeri ini dalam peta geopolitik dan geostrategik sejak ratusan tahun dahulu, termasuk sebagai laluan pengangkutan tenaga yang terpenting dunia.

Mengulas lanjut Ketua Menteri berkata, pembangunan Straits Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ), iaitu zon berimpak tinggi bakal membentuk wajah baharu Melaka sebagai Future Maritime City.

#maritim #alam #melaka #kerajaannegerimelaka #bijaklaksanatuah #beranilaksanajebat #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy