31 Mei – Selain dapat menyelesaikan permasalahan rakyat Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dianjurkan di Sungai Udang berjaya memperkukuhkan hubungan antara pemimpin Kerajaan Negeri dan agensi bersama rakyat di kawasan itu.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin berkata, program diadakan kali ini turut berjaya menyelesaikan 87 daripada 150 aduan rakyat membabitkan pelbagai permasalahan, kebajikan, pembangunan serta pelbagai lagi.
#wrur #wakilrakyatuntukrakyat #sungaiudang #kerajaannegerimelaka #raisyasin #abraufyusoh #melakahariini #melakatv #mhi