PLAKAD ‘MANA LAGI? MELAKA LER’ BANTU PROMOSI MELAKA

31 Mei – Sebagai usaha mempromosikan slogan pelancongan, plakad ‘Mana Lagi? Melaka Ler’ akan diedarkan pada program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, plakad itu akan dipamerkan di premis perniagaan bagi memperkenalkan produk makanan tradisional dan kampung yang menjadi tarikan pelancong.

Sungai Udang dipilih sebagai lokasi pertama pengedaran menerusi pelancaran di premis Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Usahawan Kerepek, Kampung Sungai Udang Jaya itu.

🎥 Zaidi Yaacob

#WRUR #SungaiUdang #PelanconganMelaka #ManaLagiMelakaLer #VisitMelaka #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy