30 Mei – Lebih 5,000 umat Islam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang memeriahkan Majlis Sungai Udang Berselawat anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berlangsung di Japerun Sungai Udang.
Penyelaras DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin berkata, majlis disempurnakan dengan kehadiran dua penceramah istimewa iaitu Prof Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Ustaz Muhammad Hatta Abd Rahim.
Majlis ilmu bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) ini diserikan dengan bacaan selawat, solat Maghrib berjemaah serta ceramah.
🎥 Zaidi Yaacob
#MAIM #JAIM #WRUR #SungaiUdang #JomSelawat #selawat #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV