20 PENJAJA TERIMA LESEN PERNIAGAAN MBMB

29 Mei – Seramai 20 penjaja kecil di kawasan Taman Terendak Permai menerima lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif itu diambil selepas mendapati rata-rata peniaga di kawasan itu menjalankan perniagaan selama bertahun-tahun tanpa lesen.

🎥 Faris Haikal Zakaria

#mbmb #sungaiudang #penjaja #lesen #wrur #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy