1,000 BERGANDING BAHU MUSNAHKAN ‘RUMAH’ AEDES

29 Mei – Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Peringkat Negeri Melaka bersempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang diadakan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Taman Desa Tun Razak meriah apabila seramai 1,000 penduduk bersama pelbagai wakil jabatan dan agensi berganding bahu dalam program itu.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, program itu disusun memandangkan kawasan berkenaan pernah menjadi ‘hotspot’ dan lokaliti wabak denggi berulang di negeri ini.

🎥 Aufa ’Izzati

#aedes #gotongroyong #wrur #wakilrakyatuntukrakyat #sungaiudang #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy