27 Mei – Seramai 100 asnaf menerima sumbangan kit makanan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Lendu yang berlangsung di Kompleks Japerun Lendu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sumbangan oleh Perbadanan Melaka (MCORP) dan Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) itu mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan gula.
Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban penerima menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.
🎥 Hasbullah Azhar
#WRUR #WakilRakyatUntukRakyat #MCORP #SMWEZ #Sumbangan #Asnaf #Lendu #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV