26 Mei – Dondang sayang bakal dijadikan ‘menu’ utama pada sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC), September depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, usaha itu secara tidak langsung dapat mempromosikan seni warisan Melaka kepada delegasi pelancongan dari lebih 159 buah negara yang akan berkampung di negeri ini.
Tambahnya, sempena Pra Pelancaran WTD dan WTC pada Julai depan, Kerajaan Negeri juga akan mengumumkan satu unit baharu yang dinamakan Unit Seni dan Budaya Negeri Melaka.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#wtc #wtd #dondangsayang #haripelancongansedunia #melaka #menu #melakahariini #mhi #melakatv