25 Mei – Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-10 Konica Minolta Business Technologies Malaysia (BMMY) ‘The Oscar Night’ adalah sebuah manifestasi penghargaan terhadap sumbangan semua pihak yang menjadi tulang belakang syarikat sejak ditubuhkan pada tahun 2014.
Mana tidaknya, kesungguhan seluruh pasukan membolehkan BMMY terus bertahan dan berkembang dengan kini mempunyai lebih 3,000 kakitangan.
Malam itu turut disampaikan pelbagai anugerah antaranya kepada mereka yang telah berkhidmat selama lima dan 10 tahun selain menghargai para pembekal yang sentiasa menyokong operasi syarikat sejak awal penubuhannya.
Tahniah buat seluruh warga kerja Konica Minolta.
#KonicaMinolta #OscarNight #BMMY #konica #MelakaHariIni #MelakaTV #MHI