26 Mei – Kompleks Dakwah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Kampung Tersusun bakal menjadi lambang Kerajaan Negeri dalam menyuburkan syiar Islam serta mendekatkan institusi dakwah dengan segenap lapisan masyarakat.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kedua-dua kemudahan itu adalah inisiatif strategik yang akan berperanan sebagai pusat rujukan dakwah serantau, penyebaran ilmu, melahirkan pelapis utama dan pendakwah profesional.
Katanya, hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk melahirkan lebih ramai huffaz yang bukan sahaja menguasai kalam Allah, malah berjaya dan mahir dalam bidang profesional.
🎥 Fitri Shareena Rahim
#DMDI #YayasanDMDI #melaka #mhi #melakahariini #melakatv