WRUR SUNGAI UDANG PEDULI UMMAH

23 Mei – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Udang menzahirkan keprihatinan kepada masyarakat kurang bernasib baik menerusi Konvoi Peduli Ummah.

Program anjuran bersama Japerun Sungai Udang dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) itu menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada enam keluarga memerlukan di DUN berkenaan.

Konvoi tersebut diketuai Penyelaras DUN Sungai Udang merangkap Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin dan turut bersama Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah.

🎥 Mohamad Fazrul Abdul Majid

#wrur #wakilrakyatuntukrakyat #maim #peduliummah #sungaiudang #melakatv #melakahariini

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy