23 Mei – Aura penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias menarik lebih 600 umat Islam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu untuk hadir beramai-ramai ke Masjid Umar Al-Khattab, Masjid Tanah.
Kehadiran penceramah bebas juga terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim ke masjid berkenaan adalah bagi memenuhi jemputan Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Perbandaran Ke-22 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kassim Elias.
Penganjuran majlis ini juga bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WUR) DUN Lendu.
#ustazkazim #ustazkazimelias #wrur #wakilrakyatuntukrakyat #melaka #melakahariini #mhi #melakatv