22 Mei – Menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan menjadi antara kesalahan utama yang dikesan membabitkan pelajar sekolah di negeri ini.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, perkara itu dilihat semakin membimbangkan memandangkan anak-anak ini bukan sahaja melanggar undang-undang ditetapkan, malah terdedah dengan risiko kemalangan dan bahaya.
📹 Liana Sahabudin
#pelajarsekolah
#kemalangan
#melakahariini
#manalagimelakaler