22 Mei – Tidak pernah terlintas di fikiran Fairuz Baharom, 46, bahawa kunjungan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin mampu mengubah masa depan keluarganya.
Semuanya bermula apabila isterinya, Muslihani Urwadi, 47 memohon penambahan bilik ketika lawatan Rais pada Program Bandaraya Penyayang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang semalam.
Bagaimanapun, Rais yang juga Penyelaras DUN berkenaan memberi cadangan sebuah rumah baharu di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) memandangkan keadaan kediaman pasangan suami isteri itu yang semakin uzur dan sesak dihuni tujuh sekeluarga.
🎥 : Farah Othman
#rumahbaharu #mimpijadinyata #dunsungaiudang #mbmb #raisyasin #wrur #wrurusungaiudang #melakahariini #melakatv